batman bertukar menjadi joker
jadi baik atau jadi jahat
tidak bersuara bukannya bisu
tidak bergaya bukannya papa
bila tafsir dua bahasa
manakah ayam mana itiknya
niatnya lain fahamnya lain
jangan baik di sangka taik.
elak bergaduh sedia di minda
mungkin caranya tak kena masa
bukan khianat yang kite puja
budi dikenang empunya berjasa
berpantun bukan sajak tidak jua
menulis seberapa butir bahasa
untuk menunjuk ikhlasnya cara
bertemu suara kita akan bersua
setenang air buaya mungkin ada
setinggi melompat ke tanah jua
lajak kata tidak sesenang lajaknya perahu
bila Ya menguasai Tidak dan bagaimana
bila Tidak menandingi Ya
mungkin gurauan yang di hasilkan
kenapa perlu mengetuk hati
kerana pintu telah berkunci
sehingga mungkin digergaji
0 komen:
Post a Comment